Hello and welcome back . So last week we were given second task which required us to do certificates using mail merge . Mail merge is a part in Microsoft Office Words which easier your daily task . Everything becomes easy with technology right ?
Ni contoh sijil yang dah siap . Seperti yang diminta oleh Encik Lecturer, kena ada :
a) Nama program
b)Nama sekolah
c)Tarikh program
d)Tempat program
e)Anjuran
f)Nama pelajar sekolah
g)Nombor kad pengenalan pelajar
h)Tandatangan pengetua sekolah
i)Corak yang menarik
j)Kemas dan menarik
Now I'm going to share how to use mail merge . Check it out .
1) Firstly, dekat atas tu kan ada button banyak-banyak, korang klik button Mailing .
2) Lepas tu, korang klik dekat Start Mail Merge sebab nak cantumkan mel.
3)Klik Step by Step Mail merge, kalau korang dah pro , tak payah la guna sebab step ni akan "ajar" kita satu per satu cara nak guna mail merge ni kan.
4) Sebab kita nak buat sijil kan, so, pilih format letter kat situ.
5)Selesai je pilih letter tu, korang tekan Next untuk meneruskan step seterusnya.
6)Oleh kerana aku nak guna sijil yang aku buat macam dalam gambar tu, aku guna pilih Use Current Document.
7)Tekan Next untuk step yang seterusnya.
Ni adalah bahagian penting, bahagian ni, korang akan lihat bagaimana nak masukkan data yang korang kehendaki. Sorry sebab terlupa nak printscreen gambar so sila la bayangkan je la k . Hee .
Step 1:Pilih Type a New List
Step 2: Pilih Create
Step 3: Bila dah tekan button Create tu, korang nak tambah data tentang yang perlu.
Step 4: Perhatikan betul-betul, banyak kategori, tapi jangan bimbang sangat sebab kategori tu boleh di 'delete', dan boleh di 'add' dan boleh di 'rename'. buat ikut keperluan. Klik pada button Customize Column.
Lepas klik button Customize Column ni akan mucul satu tab yang banyak-banyak.Disini lah terletaknya fungsi-fungsi delete, add dan rename kategori tu. Aku just tinggalkan tiga kolum iaitu untuk Jenis Sijil, Nama dan nombor kad pengenalan.Lepas tu aku rename kategori tu dengan nama yang aku nak. Katakanlah korang nak tambah kategori, hanya klik pada button add. Haa gitu kan .
Dah selesai aku manage data seramai 10 orang tu. Nampak sikit tapi bila taip satu-satu pehh gila la. Cuba bayangkan sijil untuk beratus-ratus orang tu ? Huhu, ok now just tinggal 3 kategori, jenis sijil, nama dan nombor kad pengenalan. Korang perlu taip jenis sijil iaitu sijil penyertaan dan nama 10 orang pelajar termasuk kad pengenalan mereka dan juga sijil penghargaan dengan 5 nama pelajar yang sama disertakan dengan nombor kad pengenalan mereka. Senang kan, tak payah susah-susah pergi edit satu per satu sijil.
Lepas dah siap fill data tu jangan lupa save ok !
Selepas korang save, list nama ni akan keluar dengan automatiknya, bila dah keluar list nama ni, tekan button ok untuk menggunakan data ini.
Langkah seterusnya, korang kena tukar Jenis Sijil, Nama dan Nombor Kad Pengenalan. Firstly korang kena highlightkan dahulu Jenis Sijil dan kemudian klik 'Insert Merge Field'dan pilih tajuk untuk Jenis Sijil. Cara yang sama juga untuk masukkan nama dan nombor kad pengenalan tu. Selesai je step ni, korang boleh la tekan preview result .
Tadaaaa dah siap sijil dah . Lepas je puas hati, tekan 'Finish & Merge' and let it printed la tapi sebab ni task je so tak payah la nak print . Hee .
Tu la cara membuat sijil dengan menggunakan mail merge ini. Senang kan? Hahaha,so kalau korang ditugaskan untuk membuat sijil yang bertimbun-timbun, gunakan cara yang mudah ni. Selamat mencuba. Good Luck .
Ni contoh sijil untuk 10 orang pelajar. Salah dan kekurangan harap dimaafkan . Semoga berjumpa lagi pada tugasan akan datang . Goodbye !
Thanks for readings , do like or comment ?